Friday

Raihan feat. Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Comments

Seminggu menjelang Aidilfitri, yang paling seronok kita nikmati adalah lagu-lagu raya. Tidak kira sedih atau gembira, balada atau rancak, semuanya kita layannn. Terus terang aku katakan tanpa lagu raya, boleh dikatakan sambutan raya tidak akan terasa lengkap. Setuju atau tidak dengan statement aku ni ?

Tapi, adakah korang semua perasan bahawa hanya lagu lagu tertentu je yang menjadi pilihan. Dan kebanyakan dari lagu lagu tu merupakan lagu lama, bukan lagu baru. Apakah lagu raya yang baru tidak bagus? atau kurang 'FEEL' ? Sebenarnya bagi aku ok je lagu-lagu raya yang baru ni. Cuma adakalanya lagu-lagu baru ni tak mampu dan berupaya menandingi kehebatan lagu-lagu raya dahulu.

Saturday

Aku seorang pendera kucing

Comments


Ceritera saharil.com :

Aku sangat brutal pada kucing kat rumah aku. Selalunya secara tak sengaja.

Aku jarang bagi dia makan.

Kalau aku berjalan dan dia berjalan sebelah aku, aku akan tersepak dia setiap kali.

Aku tak suka dia dalam rumah jadi aku selalu buang dia keluar, dan kunci pintu.

Dan dia akan tidur kat luar, betul-betul depan pintu, tak bergerak, sampai aku bukak pintu balik.

Sunday

Windows Se7en : Tiba masa untuk berubah

Comments
click gambar untuk lebih jelas

Fuhhhhhh...!! Akhirnya hilang dengki aku dengan blogger lain yang menggunakan Windows Seven. Blogger lain dah lama beralih ke Windows Seven tapi aku jugak yang ketinggalan zaman guna Windows XP. Kalau dulu aku minat betul dengan Windows Vista, tapi nak buat macam mana, laptop aku ni tak mampu nak menanggung capacity Windows Vista yang agak tinggi. Tapi sekarang... Windows Seven la.

Antara operating system yang pernah aku pakai ialah Windows XP SP3 dan Linux Ubuntu Jaunty Jackalope. Setelah aku install Windows Seven, aku perasan yang Windows Seven ni macam ada persamaan dengan Linux. Antara yang aku terperasan persamaan Windows Seven dengan Linux ialah taskbar, notification balloon, dan start menu. Seriusss, aku tak tipu. Tapi, takkan la microsoft nak ciplak idea linux ye tak ?

Wednesday

Asma Allah by Sami Yusuf

Comments

Siapa tahu lagu kat bawah ni lagu tema rancangan apa ? Cepat.. cepat.. KBSR - kalau betul sepuluh ringgit. Hehe. Dah terang-terang dekat tag entri ni ada diberitahu. Lagu Asma Allah oleh Sami Yusuf ini merupakan lagu tema Jejak Rasul 15. Errr.. takkan tak tahu kot rancangan Jejak Rasul ? Rancangan ni mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3, ‘Jejak Rasul’ merupakan dokumentari berbentuk ilmiah di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul.
 
Copyright © 2010. All Right Reserved
Theme by Rain Ahmad | Scroll to top