Friday

Enam persoalan hidup

3 Comments


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali Imran).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ada apa dengan Cinta ?

8 Comments

Cinta?

Apakah itu Cinta?

Bila diperkatakan tentang cinta, hampir semua golongan umur mengetahuinya. Jangankan yang tua yang budak pun sudah mula memperkatakan mengenai cinta. Tapi, adakah mereka mengetahui makna sebenarnya cinta itu? Sudah tentu tidak. Kerana setiap diri manusia itu mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai cinta. Ada yang mengatakan cinta itu buta, cinta itu kasih sayang, cinta itu ketenangan, cinta itu persahabatan, cinta itu pengorbanan dan bla bla bla wtfishh!.

Bagi sesetengah orang pula, cinta merupakan anugerah Allah yang indah yang diciptakan di dalam perasaan setiap manusia itu. Kerana dengan cinta inilah kita dapat kekuatan. Hingga ada yang mengatakan "Aku sanggup menyeberang lautan api sebagai bukti cintaku padamu" Ini mungkin hanya sebagai ungkapan kosong orang bercinta tapi bila manusia itu mencapai tahap yang tinggi di dalam percintaan maka dia tidak akan memikirkan lagi mengenai dirinya di sebabkan oleh perasaan cinta yang mendalam seseorang itu terhadap kekasihnya.

Thursday

When wireless is useless

4 Comments
Aucakk! Aucakk! Haha. Gedik betul aku ni. Lama betul aku tak menulis entri sejak semester baru bermula. Entah macam mana kali ni boleh pulak terdetik hati nak menulis entri. Bukan aku tak mahu nak update, tapi keadaan wireless yang agak tenat tidak mengizinkan aku untuk berblogging. Nak bukak google pun lebih kurang 10 minit.

Aku tahu ada yang tak percaya wireless kat kolej aku ni agak tenat sekarang ni. Mesti korang anggap aku malas gila nak update blog. Kan? Kan? Yela, sebelum ni kan aku pernah buat 2 kali entri menipu. Tapi itu sekadar gurauan semata-mata. Untuk membuatkan korang percaya dengan kata-kata aku, korang tengok la sendiri print screen kat bawah ni.

Saturday

Siapa Mohram ?


Agak kesepian blog ni selepas dua hari tidak update. Jadi, hari ini aku nak buat sedikit review tentang satu kumpulan muzik fusion etnik iaitu Mohram. Sape pernah dengar nama kumpulan ni sila angkat kaki.  Kompem ramai yang tidak pernah dengar ataupun langsung tidak kenal dengan kumpulan ni. Mohram ni takde la famous sangat jika nak dibandingkan dengan Mawi. Apa yang membuatkan aku suka dengan Mohram ni sebab alunan muzik mereka yang syahdu belaka sampai aku mengetepikan indie dan rock seketika bila dengar lagu mereka.

Friday

Cara penjagaan laptop yang harus kamu lakukan selalu


Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif serta menampakkan seseorang itu lebih macho bila berjalan bersama laptop. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan laptop yang efektif akan memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Sekarang, cikgu keiroro akan mengajar korang cara penjagaan laptop yang harus korang lakukan.

Thursday

Hanya untukmu FOLLOWER keiroro {dot} com...


Ini ialah sekadar quick post dari aku. Tiada apa yang aku nak tuliskan sangat di sini sebenarnya. Cuma aku nak beritahu tentang kewujudan sarang penagih blog yang aku buat beberapa minggu yang lepas. Aku tidak pasti sama ada antara follower blog ini tahu akan kewujudan sarang penagih blog yang aku buat ini. Jika masih ada yang tidak tahu, sekarang aku akan bagitahu.

 
Copyright © 2010. All Right Reserved
Theme by Rain Ahmad | Scroll to top