
Keiroro kembali semula!
Ooopss!
Disebabkan lama blog ni terbiar dan kurang kasih sayang, dimulakan dengan Bismillah dan Assalamualaikum Warahmatllahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanu. ;D
Haisyoooooo..
Lama betul blog kunun-kunun taman permainan aku ni tak diupdate. Ada jugaa blogger yang bising bila la tuan empunya blog mahu update kat spamming zone tu. Agak.. agak la kan apa la sebab utama blog ni tak diupdate ? Haha... Let's
1. Malass..! Malass..! Malass..!
Haha.. Terus terang aku katakan malas nak update blog. Dulu masa mula-mula buat blog punyalah rajin update. Dalam seminggu paling tidak ada jugalah satu update baru. Ini tidak, dah berapa bulan aku tak update blog ni.
2. No-eye-dear.
Hmm... Ni lagi satu masalah. Aku tiada idea apa yang nak dituliskan di blog aku ni. Bagaimana nak menulis jika tiada idea ye tak ? Aku ada topik hangat untuk ditulis tapi tak pandai nak mengolah supaya menjadi satu entri yang bagus.
3. Keupayaan blog.
Haaa.... Ni lagi satu masalah aku. Blog lambat load sehinggakan aku hilang mood nak berblog. Entah apa punca aku pun tak tau. Mungkin sebab berplatformkan blogger kot. Tak mampu nak load segala apa yang ada dalam blog aku ni..... Mungkin.
Ini antara sebab kenapa aku tak update blog.
Hmm... Ada apa dengan gambar Farah Adeeba kat atas tu ?
Semalam 1st time aku chat dengan dia kat Facebook. Tak silap aku 1st time juga aku chatting dengan orang yang agak dikenali ramai. Tak macam sesetengah yang lain, sombong betul. Tapi Kak Farah ini tidak seperti itu. Agak ramah mesra orangnya.
Member aku kata, macam mana aku boleh chat dengan dia ? Jawapan aku... Pandai ayat, pandailah dapat. Hehe.
