Friday

Transformers 2 : movie paling bosan lagi membosankan.. sebab ?



Yeahhhh! Finally berjaya jugak semalam aku tengok Transformers: Revenge of the Fallen di Midvalley. Semalam mungkin nasib aku dengan member-member agak baik sebab tak ramai orang beratur masa nak beli tiket. Kalau tak.. faham-faham jela. Pada keseluruhannya, movie ni antara paling best tahun buat setakat ini. Tapi aku sedikit bengang la dengan akak aku, tengah syok-syok tengok movie ni, boleh pulak dia hantar sms kat aku. Kalau tak reply, confirm aku sampai rumah saja dia membebel kenapa tak reply. Disebabkan itu, aku terlepas satu babak. Arghhh!!!! Bengang betul aku! Rasa macam nak tengok lagi sekali je.

OK. Kenapa erk tajuk entri aku kali ni "Transformers 2 : movie paling bosan lagi membosankan.. sebab ?" Sebenarnya tajuk sekadar kontroversi je. Lepas ni aku takkan buat lagi tajuk sebegini sebab mahu kurangkan kontroversi dan meningkatkan prestasi sebagai seorang blogger. Walaupun movie ni best bagi aku dan juga orang ramai, tapi ada juga yang mengkritik sana sini mengenai movie ni. Entah mana cacat celanya pun aku tidak tahu. Banyak sangat mulut, lempang laju-laju sekali baru tau. Tidak guna ada mata kalau tidak dapat melihat, dan tidak guna ada hati kalau tidak dapat menilai.

Salah satu kritikan ialah :
"Transformers: Revenge of the Fallen” is a horrible experience of unbearable length, briefly punctuated by three or four amusing moments. One of these involves a dog-like robot humping the leg of the heroine. Such are the meager joys. If you want to save yourself the ticket price, go into the kitchen, cue up a male choir singing the music of hell, and get a kid to start banging pots and pans together. Then close your eyes and use your imagination. -www.inquisitr.com


Robot kecik tu nama dia Wheelie. Ini bukan scene yang dinyatakan seperti di atas.

Aku rasa scene yang dinyatakan merupakan antara scene paling kelakar kot. Mana tidak, satu panggung gelak terbahak-bahak sampai berguling-guling tepi tangga panggung tengok aksi nakal si Wheelie ni bila dia ber'miang-miang' di kaki Megan Fox. Tapi nak buat macam mana, rupa paras Megan Fox yang bajet cun telah membuatkan robot kecil si Wheelie tu pun nak ber'miang-miang' dengan dia. Kalau Megan Fox tak bajet cun, confirm-confirm si Wheelie tak nak menggatal dengan dia. Betul tidak ? Tapi... Takkan aksi miang sebegitu pun boleh dijadikan bahan kritikan ? Hadeishhh!!!

Dahla. Tak nak aku cerita pasal Transformers lagi. Kesian dekat sesiapa yang belum tengok movie ni lagi. Tak surprise la nanti kan bila korang nak tengok dengan aweks dan balaks korang nanti kan ? Hihi. Oh! Ya. Jom layan klip video Linkin Park - New Devide.



p/s: aku ada jumpa direct link download untuk movie ni. ada sesiapa mahu ? sila komen.
 
Copyright © 2010. All Right Reserved
Theme by Rain Ahmad | Scroll to top