
Mahu bicara tentang apa erk kali ni ? Tentang hati yang sudah hancur? Mungkin tentang kejauhan yang aku rasakan dalam diri ini. Arghhhh! Jiwang sangat lah pula aku kali ini. Tetapi terus terang aku katakan, mahu bicara tentang apa erk ? Mungkin tentang cinta aku yang selama ini tidak kesampaian bersama si dia beberapa bulan yang lepas. Semalam merupakan tarikh keramat bagi aku kerana semalam aku telah melepaskan si dia dari dakapan aku yang selama ini penuh dengan cinta kepura-puraan darinya. Tapi bukan aku.
Maaf jika entri kali ini agak kejiwangan. Tetapi aku terpaksa meluahkan isi hati aku ini dalam bentuk penulisan kerana aku tidak suka meluahkan isi hati ini bersama teman lain mahupun keluarga. Cukuplah hanya aku seorang yang memendam rasa. Itulah aku. Suka memendamkan sesuatu dan akhirnya diluahkan melalui penulisan. Aku tidak kisah jika ada yang ambil kisah atau tidak dengan luahan hati aku di sini. Apa yang penting
Seperti yang aku katakan tadi, semalam aku telah putus hubungan dengan si dia. Bukan aku yang bermasalah, tetapi dia. Aku tidak faham dengan pendiriannya. Ada seketika dia katakan padaku, dia sayangkan aku. Dan ada seketika tidak. Walhal aku begitu amat mencintai dia. Segala macam persoalan muncul di pemikiran, adakah dia cuba mempermainkan aku ? Adakah dia sudah mula mengetepikan aku dalam kehidupan cintanya ? Tetapi mengapa cinta ini mesti dia tolak ke tepi?
Sebelum aku dipermain-mainkan oleh dia, adalah lebih bagus untuk aku memutuskan hubungan yang telah terbina selama lebih kurang 3 bulan setengah. Kata-kata akhirku kepadanya ialah cinta untuk aku lagi seribu tahun, dan panjangkan rasa sehingga tertamat umur dunia. Semoga zuriat darimu terus membangkit dan membangun dan pada waktu itu kau menceritakan pada mereka tentang setiap apa yang kau perlakukan pada aku. Suka kan kau pada waktu itu ?
Tidak sampai sejam aku putus hubungan dengan dia, aku sudah ada kekasih baru. Dari tadi aku menulis hampir terlupa aku nak menyatakan nama si dia. Nama si dia ialah http://keiroro.via.my yang kini sudah terhapus di dunia maya ini. Dan nama kekasih baru aku ialah http://www.keiroro.com. Hihi. Inilah entri paling merapu pernah aku buat. Hadeishhh!!! Buat sesiapa yang ada link blog aku sila updated tau. Sayang korang sangat-sangat. Kih kih kih.

