Saturday

Jual burger di tepi jalan pun boleh jadi jutawan tanpa join MLM dan seangkatan dengannya!



Hidup anda buntu dan sempit ? Nak sangat cepat kaya dengan mudah ? Jom ramai-ramai join MLM baca entri ini. Hehe. Ni lagi satu tajuk entri yang paling panjang pernah aku buat selepas entri ni. Mungkin budak-budak MLM di luar sana pasti bengang bila baca tajuk entri sebegini. Mana tidak, jual burger tepi jalan pun boleh jadi jutawan dari join MLM. Apa kejadahnya MLM semua ni ? Betulkah dengan menyertai MLM boleh jadi jutawan sekelip mata ? Arghhhh!! Karut semua tu bagi aku. Sebenarnya aku nak buat entri pasal budak-budak MLM ni. Tapi malas la pulak. Takut ramai budak-budak MLM serang blog aku lepas ni. Hehe.

OK.

Ramai orang di sekeliling termasuklah kita sendiri selalu mengeluh, mengapa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan duit tetapi sampai sekarang tidak kaya-kaya ? Jawapannya mudah sahaja bagi aku. Ini kerana mereka tidak memperkayakan diri mereka sendiri. Setiap hari mereka berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain. Anak isteri mereka bahkan seluruh keluarga mereka tidak membantu mereka menjadi kaya. Sebaliknya anak isteri mereka juga turut membantu memperkayakan orang lain. Haaaa!!! Cuba renung-renungkan sejenak. Agak-agak la kan, berapa banyak kali kita memperkayakan orang lain ? Tidak terkira bukan ?

Kekayaan adalah hasil satu usaha yang praktis. Bukan potret mistik. Tidak ada jalan pintas menuju kekayaan. Dalam perjalanan menuju kekayaan ada banyak rintangan, stupid mistake, dugaan bahkan kegagalan sementara. Kekayaan tidak akan menjadi milik orang gejoloh seperti MLM dan tidak sabar. Sebaliknya, ia harus dilakukan dengan sabar dan istiqamah. Sengaja aku mengarut panjang di sini untuk melihat ketidaksabaran pembaca yang tidak sabar untuk mengetahui hanya dengan menjual burger di tepi jalan pun boleh jadi jutawan tanpa join MLM dan seangkatan dengannya! Sekarang, bersiap sedia dengan calculator masing-masing untuk membuat sedikit pengiraan.

Cuba bayangkan jika korang sendiri mempunyai 10 atau 15 gerai burger yang beroperasi secara aktif dalam satu pasukan networking yang dicontrol oleh korang sendiri. Berapakah jualan dalam sehari bagi sebuah gerai yang aktif ? Bagi aku, kalau tempatnya strategik, ramai kanak-kanak dan remaja, misalnya di taman perumahan, jualan boleh mencapai 120 bijik kot. Kot la. Sebijik burger siap dijual RM1.50 maka 120 x 1.50 = RM 180.00. Bagaimana pula kalau ada 10 gerai ? Berapa boleh dapat sehari ? RM 180 x 10 = RM1800 sehari wehhh!!!! Kalau sebulan, andaikan sebulan berniaga 26 kali, RM1800 x 26 = RM 46800!!!! Kalau satu tahun pula, RM 46800 x 12 = RM ?. Sila kira sendiri. Hehe. Dalam jangkamasa tidak kurang dari 4 tahun sudah boleh jadi jutawan dengan hanya menjual burger.

Tunggu apa lagi lepas ni, jom ramai-ramai buka gerai burger daripada join MLM. Jangan join sebab cara bebudak MLM ni penuh dengan tipu muslihat, penipuan, helah untuk dapatkan downline baru. Pesan aku jika korang tak yakin dengan perniagaan MLM jangan cuba-cuba kerana korang bakal kerugian satu hari nanti. Ramai kawan-kawan aku dah terkena sebab terpedaya dengan kata-kata manis bebudak MLM ni. Aku sendiri pernah dengar penerangan dari bebudak MLM ni. Ayat diorang, fuhhh....!!! Memang tak boleh blah langsung. Antaranya ialah :

1. Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
2. Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
3. Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
4. Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
5. Korang kan dah besar, sampai bila nak mengharapkan duit mak bapak.
6. Ramai gadis-gadis akan mula syok kat korang walaupun tak hensem bila banyak duit nanti. Nilah masanya..
7. Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
8. “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal
9. Dan macam-macam lagi la gebang-gebang bebudak MLM ni!

Nampaknya aku dah terlepas geram sikit cerita pasal bebudak MLM ni. Tadi kata tak nak buat entri pasal bebudak MLM ni. Hehe.. Sedikit kata-kata akhir dari aku, kalau nak tahu, kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini dalam kalangan 'sengkek', 'pokai' dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN. Hati-hati ok !
 
Copyright © 2010. All Right Reserved
Theme by Rain Ahmad | Scroll to top