Monday

Entri sopan : Apabila En. Ayam interview Cik Babi di tepi jalanraya



Kenangan bersama sebelum interview dimulakan

Lokasi : 10 sentimeter tepi jalan raya Malaysia
Tarikh : Tidak diketahui
Penemubual : En. Ayam
Ditemubual : Cik Babi
Cameraman gambar di atas : Yorkshiregraphics


Assalamualakum.
Waalaikumsalam

Saya tak tahu saudari boleh menjawap salam, saya nak bagi salam tadi pun was-was.
Saya pun makhluk Tuhan juga.

Apa perasaan saudari menjadi haiwan haram ?
Tiada perasaan apa-apa pun. Saya menerima takdir. Saya seekor babi yang pasrah.

Macam mana rasa daging saudari ?
Soalan apa yang En. Ayam cuba tanyakan ni ?

Saya tak pernah rasa. Sebab tu saya tanya saudari.
Awak nak interbiu saya atau nak mengaju soalan-soalan diskriminasi, merendahkan, dan berbau sexual harassment ?

Cakap pasal bau, adakah benar saudari haiwan yang berbau busuk, gemuk dan pengotor ?
Sabar aje lah.

Saudari suka makan lumpur dan sampah ?
Tak! Semua stereotaip awak tentang saya adalah salah!

Jadi, apakah yang benar ?
Saya pembersih dan makanan kegemaran saya adalah Sushi dan Dorayaki. Dan saya juga suka menghabiskan masa berlumba motor di lebuhraya.

Saudari ni babi rempit ?
Lebih kurang begitulah.

Dengan pandangan buruk masyarakat terhadap budaya rempit, apakah saudari fikir, rakyat Malaysia boleh menerima seekor babi betina kaki rempit ?
Terpulanglah kepada masyarakat untuk membuat penilaian, saya seekor babi yang pasrah.

Bukankah merempit itu membahayakan keselamatan awam ?
Sebenarnya saya ni babi rempit yang bersopan.

Ok. Saudari sekarang bekerja ?
Ya, saya seekor jururawat. Kerja di hospital membuatkan saya gembira. Memang dari kecil saya berhajat mahu menyelamatkan nyawa.

Tetapi, saudari tak boleh menyentuh pesakit bukan ? Kalau tersentuh, mereka perlu menyamak pula.
Awak ni, mengendali pesakit di hospital kenalah pakai rubber glove.

Jadi, saudari ni jururawat betina kaki rempit yang bersopan dan juga seekor babi penyelamat nyawa ?
Nampaknya begitulah.
Belum sempat En. Ayam bertanyakan soalan terakhir, sebuah kontena telah melanggar Cik Babi sejauh 100 meter. Habis berkecai badan Cik Babi. Nampaknya Cik Babi tidak dapat lagi menjalankan tugasnya sebagai penyelamat nyawa kerana telah kehilangan nyawa. En. Ayam berasa serba salah kerana dia punca kemalangan tersebut sebab interview Cik Babi di tepi jalanraya. Kalaulah interview dekat Starbuck cafe....tapi.

Polis juga telah menyoal siasat pemandu lori tersebut kenapa dia melanggar Cik Babi. Pemandu lori tersebut dengan selambanya menjawap "Sorry, saya tak sengaja".
 
Copyright © 2010. All Right Reserved
Theme by Rain Ahmad | Scroll to top