Wednesday

entri edisi terbangun dari lamunan dunia : kalaulah masa boleh diulang....


Hari ni tiada apa yang aku nak kongsikan sangat bersama. Cuma ini sahaja yang aku mampu hidangkan buat semua pada ketika ini. Aku harap ada yang sudi membaca entri yang tidak seberapa ni. Seriusly, sejak dua menjak ni aku senyap dalam dunia blogging ni. Sebelum korang meneruskan membaca entri kali ni, adalah lebih baiknya jika korang play lagu ni. Baca entri sambil dengar lagu ni aku rasa boleh menambahkan lagi feel...KOT.

Baca dengan penuh penghayatan tau.. ;) Click PLAY.



'Auzubillahiminasyaitannirrajim...
Bismillahirrahmanirrahim...
Yasiin....
Ah! Kenapa suasana hening pagi ini suram dengan esak tangisan manusia ?

Walquranilhaqim...
Mengapa aku terlantar di pembaringan ?
Ku paling ke kanan dan ku paling ke kiri...
Ramainya orang di kiri dan di kananku...
Ramainya orang, tetapi mengapa mereka menangis ?
Ibu ? Mengapa saya begini ?
Ibu tidak menjawap walau sepatah perkataan pun...
Ayah tiada di sisi ibu tetapi ku dengar suaranya di luar...

Innakalaminalmursalin....
"Lepas ini bolehlah dimandikan"
Ku dengar suara seorang lelaki berkata kepada ayah.
Eh, mereka memandang aku...
Apakah.....ah!!! Tidak mungkin...
Adakah aku kini sudah berada di alam lain...?

Tanzilal'azizirrahim...
Ku pandang sekali lagi ke arah ibu...
Ibu, adik belum mati kan ?
Sekali lagi ibu tidak menjawap...
Ibu!!!!! Adik belum minta maaf dan minta ampun pada ibu...
Ibu, kenapa semua orang senyap ? Ibu.... ibu dengar tak ?
Ibu tetap senyap...

.
.
.
.

Sadaqallahul'azim...
Mereka mengangkatku, aku dimandikan, aku dikafankan...
Ibu mengucupku, ayah juga menciumku...
Aku mula terasa resah...
Adakah itu ciuman terakhir yang bakal aku terima dari kedua orang tua ku ?
Selama ini aku tidak pernah, walau sekali mencium mereka...
Hanya mereka yang menciumku...
Tapi, kali ini... Arrghhhhhh!! Tidak!!!!!
Ibu. Tolong adik... adik tak nak berpisah dengan ibu...
Ayah. Tolong adik, ayah. Adik banyak dosa dengan orang...
Adik nak tebus dosa adik terlebih dahulu!
Adik tak nak mati!!!!!!!!

Saat itu, ku lihat ramai ramai orang berdiri dihadapanku...
Terkumat kamit membaca sesuatu...
Perlakuan mereka sama seperti solat jenazah yang baru ku pelajari semalam...
Mereka mengusungku ke tapak perkuburan...
Lahad ditimbus, talkin dibaca...
Aku terbaring sempit di pusaraku...
Tidak lama kemudian...
Semua orang pergi meninggalkan ku...
Kecuali ibu...
Ibu menangis teresak-esak di pusaraku...
Setelah puas dipujuk, baru ibu mengalah dengan takdir illahi...

Sekarang aku ditinggalkan sendirian...
Saat ini menyesal pun tiada gunanya lagi..
Aku terpaksa menemuinya-Nya sendirian...
Berbekalkan sedikit pahala dan entah berapa banyak dosa....

Kalaulah masa boleh diulang...
 
Copyright © 2010. All Right Reserved
Theme by Rain Ahmad | Scroll to top