
Keiroro kembali semula! ala-ala tora datang lagi.
Ooopss!
Disebabkan lama blog ni terbiar dan kurang kasih sayang, dimulakan dengan Bismillah dan Assalamualaikum Warahmatllahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanu. ;D
Haisyoooooo..
Lama betul blog kunun-kunun taman permainan aku ni tak diupdate. Ada jugaa blogger yang bising bila la tuan empunya blog mahu update kat spamming zone tu. Agak.. agak la kan apa la sebab utama blog ni tak diupdate ? Haha... Let's get loud cekidout!
1. Malass..! Malass..! Malass..!
Haha.. Terus terang aku katakan malas nak update blog. Dulu masa mula-mula buat blog punyalah rajin update. Dalam seminggu paling tidak ada jugalah satu update baru. Ini tidak, dah berapa bulan aku tak update blog ni.
2. No-eye-dear.
Hmm... Ni lagi satu masalah. Aku tiada idea apa yang nak dituliskan di blog aku ni. Bagaimana nak menulis jika tiada idea ye tak ? Aku ada topik hangat untuk ditulis tapi tak pandai nak mengolah supaya menjadi satu entri yang bagus.
3. Keupayaan blog.
Haaa.... Ni lagi satu masalah aku. Blog lambat load sehinggakan aku hilang mood nak berblog. Entah apa punca aku pun tak tau. Mungkin sebab berplatformkan blogger kot. Tak mampu nak load segala apa yang ada dalam blog aku ni..... Mungkin.
Ini antara sebab kenapa aku tak update blog.
Hmm... Ada apa dengan gambar Farah Adeeba kat atas tu ?
Semalam 1st time aku chat dengan dia kat Facebook. Tak silap aku 1st time juga aku chatting dengan orang yang agak dikenali ramai. Tak macam sesetengah yang lain, sombong betul. Tapi Kak Farah ini tidak seperti itu. Agak ramah mesra orangnya.
Member aku kata, macam mana aku boleh chat dengan dia ? Jawapan aku... Pandai ayat, pandailah dapat. Hehe.
read more | comment >>
Thursday
Keiroro kembali semula!
Sunday
Pantun sweet untuk pasangan cintan cintun

OK.
Sila deklamasikan pantun sweet ini dengan penuh kesabaran. -___-
read more | comment >>
nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....
perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..
heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka...
nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...
belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?
sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...
dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...
masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju.
suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti}
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji}
yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..
kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...
kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka}} penuhi syarat..
org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana....
bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...
bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..
balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..
awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...
pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai.
tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..
kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah}
tau lak senyap bila dah bunting....
la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan}
baru sekarang menyesal bangat....
nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...
perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...
Pecah kaca, pecah simen,
Sudah baca, sila komen. Kih10001. ;D
p/s : pantun ni diambil tanpa kebenaran dari Naim , kawan semasa di technicKL, Cheras.
p/s/s : pantun ini copy paste hanya untuk tujuan berkongsi bersama.
p/s/s/s : jangan ada yang makan dalam pula ya. tidak terlintas di hati pun untuk menyakitkan hati sesiapa. ;D
Hang Tuah fail SPM ke ?
Layan jelaaa~
read more | comment >>
Thursday
Korang susah... Tapi korang nak kena belasah!
Korang susah... nak bangun tidur dan kawan sebilik tolong kejutkan setiap pagi.
Tapi korang nak kena belasah... bila dah tolong kejutkan korang maki hamun pulak.
Korang susah... nak pegi keja, kawan selalu tolong tumpangkan.
Tapi korang nak kena belasah... sekali pun korang tak pernah hulurkan duit minyak atau tol.
Korang susah... nak bayar sewa rumah sebab gaji lambat, kawan serumah dahulukan.
Tapi korang nak kena belasah... bila dah dapat gaji, buat buat lupa la sampai kawan kena tebalkan muka tuntut hutang.
Korang susah... hati pasal diburuk-burukkan, kawan sepejabat tolong setelkan.
Tapi korang nak kena belasah... sebab kawan yang tolong setelkan masalah korang tu pulak yang korang buruk-burukkan
Korang susah... bila kawan sekelas lebih pandai dari korang.
Tapi korang nak kena belasah... bila diorang bagi tunjuk ajar, korang pulak yang berlagak pandai.
Korang susah... sampai kena halau kelua dari rumah tapi kawan tolong tumpangkan kat rumah diorang.
Tapi korang nak kena belasah... dah bagi menumpang tapi tangan korang pulak panjang.
read more | comment >>




